Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday 28 September 2011

PANDAI KIRA-KIRA??



Assalamualaikum.. Entri kali ni pasal nombor. Korang tau tk? Ada beberapa cara untuk mendapatkan jumlah 100 dengan HANYA  menggunakan kaedah campur (+) dan tolak (-) pada nombor-nombor 1 hingga 9 secara turutan..Gini haa..-> (1,2,3,4,5,6,7,8,9)

Contoh : 
1 + 2 + 34 - 5 + 67 - 8 + 9 = 100

Begitu juga dgn ayat matematik dibawah ini yang juga akan memberikan jumlah 100 dgn kaedah yg sama!!

Jom kira.....

12 + 3 - 4 + 5 + 67 + 8 + 9
1 + 23 - 4 + 56 + 7 + 8 + 9
1 + 2 + 3 - 4 + 5 + 6 + 78 + 9
123 - 4 - 5 - 6 - 7 + 8 - 9


Jom asah sikit akal buat matematik...dan mugkin ada beberapa lagi ayat matematik yg korang leh dapat. Ingat, HANYA menggunakan kaedah yg sama macam kat atas tu je, tau... pastu kita kongsi sama2.. SELAMAT MENCUBA.

Semoga bermanafaat buat semua.. 

Thursday 22 September 2011

KURUSKAN BADAN DENGAN CAMELLIA SINENSIS?


CAMELLIA SINENSIS??
Sapa tu? 
Bintang filem?
Ahli muzik? 
Artis mana tu???

Kalau nk tau, mcm ni la rupa Camellia Sinensis tu..


Oh tidaaaaakk..... TEH HIJAU rupanye...

KHASIAT TEH HIJAU ???
Kesimpulan dari satu kumpulan penyelidikan, ekstrak teh hijau ni boleh bakar kalori lemak dalam badan korang. Amalkan selalu, for sure boleh turunkan berat badan. Khabarnye jugak, kalau diminum pekat2, boleh redakan ciritbirit akibat dari keracunan makanan. Selain tu, pengambilan teh hijau jugak boleh kurangkan risiko penyakit kencing manis dan kanser. Nah, hebat kan?


Dah lama teh hijau ni dipasarkan, tapi baru sekarang ni nak cuba. Terasa pulak diri ini ketinggalan. Pada sesiapa yang memang amalkan minum teh hijau ni, sila sila la rekomen jenama ape yang sesuai dan sedap diminum.   

Bak secawanz!!

Wednesday 21 September 2011

WORDLESS WEDNESDAY #1

Spiderman #3
MicaSpidey
Erm........

Dalam hatinye berkata2.... "sama tak??"

Foto MicaSpidey ni was taken last year.
fanatik sunguh dengan watak superhero ni.

Tuesday 20 September 2011

GELAGAT MICA #1

Mana satu abang??? 


Dah dekat 2 minggu x letak entry kat blog ni. 
Sibuk dengan hal2 lain. 
Sehinggalah malam tadi, terjadinye satu insiden yang nk di kongsi bersama.

Si bongsu tibe2 monyok lepas tengok hasil keje abangnye mengedit gambar.
Terkedu agaknye si bongsu yang baru nk menjejak umur 6 tahun bila tengok gambar atas tu....
Mula lah terkeluar soalan2 yang buat seisi rumah ketawa..
Semakin kompius lagi si bongsu.

"Kenapa abang Mica ada 3???"
"Mana satu abang Mica??"
 
Dah masuk bab lain pulak nk explain kat si bongsu.. 
Punyalah bersoaljawab dengan die, akhirnya si bongsu tertido. 

zzz...zzz...ZZZZ....

Kesiaaaannn...
Agaknye apalah yang bermain dalam fikiran die sebelum terlena dibuai mimpi tu ek?

Sunday 11 September 2011

OPEN HOUSE di Kuala Lumpur

Sana sini ada open house, terutama di hujung minggu. 
So, korg sume boleh agak
 keadaan jalan raya yang sesak 
dgn kereta yang berasak-asak 


(fr: google)

Sebelum keluar rumah, wajah punyalah berseri-seri.
Bersemangat nk pegi beraya gitu..

Bila dah stuck dalam traffic,
muka manis dh mula berubah jadi kureng manis.
Setakat kurang manis tu, masih ada gak manis yg berbaki.
Tapi bila dah berubah jadi muka kelat n ketat,
mood raya mula melayang akibat hilangnya kesabaran.


(fr: google)
ditambah pulak dgn perut yang kelaparan, 
rengeten anak yang kepenatan......


(fr: google)
Dan......... 
yg paling menyiksakan, 
ketika tersekat dalam traffic tu jugaklah 
rasa tak menyempat2 nk cari toilet.. 
ADUHH!!! 


(fr: google)
Pernah korang melalui situasi cmni?
Tentu ada, kn? 
Mcm mane lh cara korg menangani situasi ni ek? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...