Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday 11 October 2011

AIK?? MUDA LAGI DAH BERUBAN?


Tiada sorang pun, baik lelaki maupun wanita yang inginkan rambut hitam mereka berubah jadi putih karena uban. Apatah lagi kalau uban tu tumbuh pada usia muda. Tumbuhnya uban ini sebenarnya dipengaruhi beberapa faktor. Misalnya stress berpanjangan dan kurang Vitamin B12. Faktor keturunan juga jadi penyebab utama munculnya uban pada usia muda ni. 



Gaya hidup yang tidak sihat juga memiliki kontribusi dalam mempercepat tumbuhnya uban. Merokok misalnya.. bukan saja tabiat ini merugikan kesihatan, malahan tabiat ini sebenarnya menghambat aliran zat-zat gizi yang diperlukan tubuh yang dibawa dalam peredaran darah lalu menyebabkan cepatnya pertumbuhan uban.



Selain gaya hidup, rasanya semua orang tahu bahawa bahan2 dalam penggunaan minyak dan pewarna rambut akan meresap ke dalam pori-pori kulit kepala, sekaligus mempengaruhi kesihatan rambut sehingga mempercepat tumbuhnya uban. 

Mungkin ada petua lama dan ubat2an yang boleh kita beli dipasaran bagi mengelakkan rambut beruban.. Di bawah ni, ada satu petua bagi sesiapa yang nk mencuba untuk mengelak atau merawat masalah ini.



Ambik dua sudu biji betik dari sebiji betik yang dah masak, dijemur sampai betul2 kering. Kemudian biji betik tu di goreng tanpa minyak sampai hangus lalu ditumbuk pula sampai halus. Debu biji betik tu digaul dengan minyak kelapa. Lumurkan pada kawasan rambut yang beruban tu sewaktu hendak tidur. Biarkan semalaman sebelum dicuci keesokan paginya. Tapi pastikan rambut korang dh dicuci bersih sebelum tu, k? Amalkan selalu dan lihatlah hasilnya.......Insyallah.


Selamat mencuba.

3 comments:

  1. emmmm..kadang-kadang muda-muda dah beruban sebab penyakit :-) saya pun masa muda dulu (20an) pun dah beruban, sekarang dah lewat 30an lagi lah...huhuhuhu..

    ReplyDelete
  2. hehe.. rasenye makin ramai yang dh beruban dlm usia mcm tu... Senang citer, anggap trend masakini je la.. xpyh susah2 nk berubat atau apepun.. terima je as is as it is.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. faktor syampoo dan gaya hidup kan?kena cuba petua ni klu mana yg ada uban

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...