Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday 9 October 2011

NK NIKAH NGN ORG NOGORI????



Bila sebut je pasal org Negeri Sembilan ni, mesti terus di kaitkan dengan Adat Perpatih, terutama apabila melibatkan perkahwinan. Betul ke? Sampai ada para emak  yang melarang anak bujang mereka bercinta dengan gadis2 Negeri Sembilan ni, kononnya BENSON & HEDGES (Bila Engkau Nikah Sama Orang Negeri, Harta Engkau Dan Gaji Engkau Selesai) Hehe..  Benarkah??? Jom kita baca artikal dibwh ini mengenai Adat Perpatih.....

Adat Perpatih ini masih lagi wujud di negara kita dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Prinsip-prinsip Adat Perpatih
Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

Keturunan dikira melalui nasab ibu:
Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap BONDA KANDUNG iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri:
Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang SEMENDA.  Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.

Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka:
Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang SAKA (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang:
Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku:
Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara BERKEDIM. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Pembahagian harta
Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut HUKUM FARAID (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

So......... pada yang masih keliru mengenai adat ini, harap2 artikel ini dapat membantu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...